"Bayangkan sedekah korban daging Wagyu, lepas tu masak kicap, gulai, pergh, sedap tapi berapa asnaf ja boleh dapat. Jangan-jangan masak sendiri ja sebab mahal."
Memandangkan kita akan menyambut ibadah korban tidak lama lagi, maka ramai yang menawarkan haiwan terbaik untuk ibadah tersebut.
Muncul pula sebuah iklan yang menawarkan daging Wagyu yang diketahui bahagian paling sedap dan termahal sebagai korban, menjadi perbualan antara warganet.
Maklumlah, hanya orang berada yang biasa menikmatinya daging wagyu. Namun, apabila ia ditawarkan sebagai daging korban dengan satu bahagian berharga RM30 ribu menjadikannya harga tujuh bahagian berjumlah RM210 ribu, ia menimbulkan perdebatan sama ada wajar atau tidak?
Adakah segelintir asnaf patut bersyukur apabila menikmatinya, sedangkan dengan jumlah tersebut ia boleh menampung lebih ramai penerima. Ataupun ianya sekadar medan untuk menunjuk-nunjuk bagi orang kaya?
Kredit foto : Twitter
Bagi warganet, walaupun ibadah tetap sah tetapi ianya adalah situasi yang membazir kerana tidak banyak keluarga yang boleh diberikan sedekah berbanding jika jumlah yang sama diperuntukkan untuk membeli daging lembu biasa.
Kredit foto : Twitter
Kredit foto : Sirap limau
Bagaimanapun syarikat tersebut telah menjelaskan ianya memang untuk mereka yang mampu sahaja dan memandangkan ini tahun pertama mereka membawakan daging korban Wagyu di Miyazaki Jepun, maka mereka memberikan banyak kelebihan kepada yang membuat ibadah korban ini.
Kredit foto : FB
"Seekor lembu Wagyu tulen yang dagingnya bergred terbaik A5 biasa dengan berat hidup 800kg, akan memberikan blok daging several 360kg kelak. Setiap peserta akan menerima 50kg daging yang harga pasarannya mencecah RM50k sebenarnya. Daging tersebut akan dihantar hingga ke rumah anda untuk anda edarkan sendiri kepad fakir miskin yang mungkin teringin juga merasai nikmat daging ini."
Namun, penjelasan ini masih tidak mampu melegakan rakyat marhein. Bagi mereka, hanya dengan sebahagian daging wagyu bernilai RM30 ribu sahaja pun sebenarnya sudah boleh menumbangkan tujuh ekor lembu biasa yang boleh disedekahkah kepada lebih ramai orang.
Kredit foto : FB
Kredit foto : multilinkintegrated.com
Jadi, apa pendapat anda? Adakah daging wagyu membazir untuk dijadikan korban? Adakah ianya kerana asnaf tidak layak untuk menikmati daging terbaik tersebut?- CARI
|