Edited by ipes2 at 7-7-2020 05:47 AM
Di petik dari Mirror (UK); US News Section 06/07/2020
President Donald Trump semalam berkeras bahawa 99% kes Coronavirus adalah ‘’harmless’’-biarpun negara itu mencatat kematian berjumlah 130,000 setakat ini.
Sungguhpun jumlah kes Covid-19 di Amerika sudah mencecah 2.8 juta, President Trump masih bertegas bahawa langkah2 pencegahan di America sedang berjalan lancar.
‘’Sekarang kita sedang semakin hampir untuk bebas dari (wabak) ini’’, ujar Trump, sambil menuduh sekali lagi bahawa ini adalah ‘’Wabak China’’.
President Trump berkata demikian di minggu dimana banyak negeri di USA memecah rekod kes tertinggi di tempat masing2. Jikapun pesakit survive jangkitannya, banyak dari komplikasi selepas jangkitan Covid-19 boleh membawa kepada masalah kesihatan sepanjang hayat dan tidak diiktiraf sebagai ''harmless'' oleh pakar2 perubatan sedunia.
|