Seorang pengguna Facebook, Auni Ameera telah berkongsi kisah sikap tidak amanah seorang pekerja sebuah syarikat kurier.
Menerusi Facebook, beliau berkongsi seorang penjual dalam talian dikenali sebagai ES yang menerima aduan dari pelanggannya bahawa baju yang dibelinya diterima dalam keadaan kotor.
Sangkaan pelanggan tersebut bahawa baju itu terkena gam, meleset sama sekali.
Namun, ES menafikan ada membuka bungkusan baju tersebut sebelum dihantar kepada pembeli kerana kesemua baju adalah barangan baru, bukan yang terpakai.
Pemeriksaan mendapati rupa-rupanya kesan yang disangka gam itu adalah air mani kerana ianya berbau hanyir. Malah, bungkusan penghantaran tersebut ada kesan koyakan di bahagian atasnya.
Atas bantuan kenalan, ES mendapat makluman bahawa pekerja kurier tersebut merupakan seorang yang gila seks. Dia seorang yang tidak amanah membuka bungkusan pelanggan dan 'mengerjakan' barangan pelanggan terlebih dahulu sebelum menghantarnya seperti biasa.
Malah, ada bukti lain pekerja itu pernah mengganggu pelanggan.
Kredit Foto - Facebook Auni Ameera
ES kemudian menasihati pelanggannya supaya membuat laporan kepada pihak syarikat penghantaran dan juga polis di atas salah laku pekerja mereka kerana merosakkan barang pelanggan serta melakukan gangguan seksual terhadap pelanggan.
Menakutkan betul. Baju dalam bungkusan pun boleh jadi mangsa. - CARI
|