Kecoh di laman sosial apabila seorang wanita menggesa rakyat Malaysia memboikot syarikat kelengkapan rumah terkemuka dari Sweden, IKEA kerana memperkenalkan beg pelangi sebagai tanda sokongan terhadap kempen LGBT di Amerika Syarikat.
Kredit foto: FB/Twitter
Bagaimanapun, tindakannya itu mendapat kecaman ramai termasuk masyarakat luar negara.
Agak melucukan apabila ramai juga bersetuju orang ramai memboikot IKEA dengan harapan gedung kelengkapan rumah itu lengang, sekali gus memudahkan orang lain membeli-belah dengan aman.
Kredit foto: Twitter
Turut tidak ketinggalan ialah peguam dan aktivis kontroversi Siti Kasim yang berterima kasih kepada IKEA kerana 'memahami maksud sebenar hak asai manusia'.
Kredit foto: FB Siti Kasim
Dalam hantarannya di Facebook, Siti Zabedah Kassim menegaskan bahawa semua ciptaan Tuhan perlu saling menghormati antara satu sama lain.
Kredit foto: FB Siti Kasim
"Dia tidak mewakili kita rakyat Malaysia yang percaya bahawa setiap orang berhak menjalani hidup yang bebas dari sebarang penindasan," tulisnya. - CARI |