"Saya harap ini menjadi pengajaran kepada Mas Khan yang sebelum ini saya pernah anggap sebagai adik saya sendiri."
Kredit foto: IG
Kata-kata itu ditujukan penerbit dan pelakon Datuk A.Aida kepada Mas Khan supaya mengambil iktibar di atas tindakan mahkamah yang dikenakan terhadapnya.
"Saya juga berharap ia menjadi pengajaran kepada semua orang bahawa negara kita mempunyai undang-undang.
"Sesiapa sahaja yang berbuat perkara yang menyalahi undang-undang negara pasti akan menerima hukuman, cepat ataupun lambat," katanya kepada Gempak.
A.Aida bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak menyimpan dendam terhadap aktor itu dan berharap dia insaf.
Kredit foto: IG
“Sebagai orang Islam, saya tidak sesekali berdendam tetapi dalam masa sama, saya berharap beliau insaf kerana masih muda dan punya masa depan yang panjang.
"Dan insyaAllah, tidak ada masalah untuk saya mengambil beliau bekerja di bawah produksi A. Aida Production selepas ini.
"(Namun), atas nasihat peguam, saya akan teruskan dengan saman sivil terhadap beliau selepas ini. Ia akan dibuat melalui peguam yang telahpun saya lantik iaitu Zulkifli Yong Azmi & Co untuk menuntut keseluruhan jumlah yang dicuri dan juga ganti rugi teladan faedah serta kos tindakan di mahkamah,"tegasnya.
Mas Khan sebelum ini dikenakan denda sebanyak RM17,000 selepas mengaku bersalah mencuri wallet mata wang kripto bernilai RM213,805 milik A Aida.
Kredit foto: IG
Jika tidak menjelaskan denda tersebut, dia akan dipenjara selama 26 bulan. - CARI |