View: 3554|Reply: 35
|
Garis Kemiskinan Kini RM2,208, Kita Yang Gaji Minimum Kena Menggelabah Ke?
[Copy link]
|
|
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional berjumlah RM980 pada tahun 2016 akhirnya dinaikkan kepada RM2,208 bagi tahun 2019 dengan mengambil kira corak ekonomi semasa.
Angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia itu berdasarkan kajian yang dijalankan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) Kementerian Kesihatan, dan beberapa kementerian serta agensi berkaitan bermula Mac 2019 sehingga Jun 2020.
Menurut laporan Astro Awani, metodologi penetapan PGK telah ditambahbaik dalam tiga aspek, antaranya adalah penetapan PGK makanan yang diperkemaskan daripada 'minimum' kepada 'optimum minimum'.
Kredit foto : Awani
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, angka tersebut adalah nilai PGK baharu yang diperolehi setelah kerajaan mengkaji semula metodologi pengiraan yang diguna pakai sejak 2005.
Jelas beliau, usaha penambahbaikan kaedah pengukuran kemiskinan tersebut bermula daripada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (KSP RMKe-11) pada 18 Oktober 2018.
Kredit foto : Free Malaysia Today
Bertitik tolak dari itu, Mustapa memaklumkan kerajaan telah mengkaji semula metodologi penetapan PGK supaya ia lebih menggambarkan corak perbelanjaan dan keperluan serta demografi semasa isi rumah, seiring dengan kemajuan yang dicapai oleh negara sejak tahun berkenaan.
"Ia mengambil kira peningkatan kualiti item Piramid Makanan 2020 dan Panduan Diet Malaysia (PDM) 2020 selaras dengan aktiviti fizikal harian dan kehidupan yang sihat. Sebagai contoh susu pekat manis dalam bakul makanan sebelum ini telah ditukarkan kepada susu tepung yang lebih sihat."
Mustapa turut berkata perubahan corak perbelanjaan isi rumah, harga barangan dan perkhidmatan semasa pada 2019 berbanding tahun 2005 juga diambil kira.
Kredit foto : PPIM
Jadi, ia bermakna semakin ramailah yang berada di bawah paras PGK memandangkan gaji minimum rakyat Malaysia sendiri pun RM1,200.
Statistik sudah pun dikeluarkan. Apa pula tindakan dari pihak kerajaan selain sentiasa bertekak isu politik? - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Garis kemiskinan naik.. Tp jumlah bantuan zakat masih xnaik2.hshshs |
|
|
|
|
|
|
|
B10 bawah Rm2500, maka makin ramailah rakyat tergolong dlm ni |
|
|
|
|
|
|
|
naik gaji tak selesai masalah.
kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , beras
tapi barang mewah kena tax kawkaw punya tinggi
|
|
|
|
|
|
|
|
TravellingBear: naik gaji tak selesai masalah. kurangkan tax & subsidi yg kena naikkan . contoh: petrol , berastapi barang mewah kena tax kawkaw punya tinggi
Kat malaysia ni golongan main property saham bisnes mmg instant millionaire.. Bangla jd malaysia pun blh jd jutawan
Setuju org kaya kena tax mcm2
|
|
|
|
|
|
|
|
pendapatan garis kemiskinan tu pendapatan isi rumah. gaji minimum tu individu. 2 kaedah berbeza.kena faham tu |
|
|
|
|
|
|
|
naikkan gaji tp tak leh control kenaikan harga barang, end up sama jgk...
minyak naik, harga brg naik sama...minyak turun nape x turun? pandai lak statik |
|
|
|
|
|
|
|
Apa nak risau? Abah ada. Paklong ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi kerajaan tak bertegas dengan pihak majikan yang bayar gaji rendah dekat pekerja, selagi tu rakyat takkan menikmati gaji yang selesa. Buatlah undang-undang dan akta gaji minimun, kalau tak ada tindakan dan hukuman dari kerajaan, selagi tu ada syarikat seronok bayar murah untuk pekerja.
|
|
|
|
|
|
|
|
so kalau tak kena menggelabah nak buat apa babi? bukan semua orang mampu nak dapat keja mindef gred n1 gaji pokok jah rm 1625.84 tambah pulak lagi elaun tetap rm695 boleh belasah tumbuk anak bini orang sesedap maggi cukup rasa pulak? kahwin pun free bini loan duduk kuaters tak renew roadtax segala mana tak rasa senang terus fefeling langsi samseng nak belasah orang kan babi? |
|
|
|
|
|
|
|
Akak sokong naik gaji dekkk... at least kalau set2 usahawan terulung ni naikkan harga produk dan perkhidmatan diorang pun, ada jugalah pihak yang boleh merasa niaqmat of buying power dekkkk! |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex: Dah tu, naikkanlah gaji
boleh..theb brg akan naik, bangla akan jd bnyk...ko mau? |
|
|
|
|
|
|
|
banyak tu je ke orang miskin kat malaysia ni ?
ikut isi rumah ... bukan ikut berapa kepala dalam rumah ? |
|
|
|
|
|
|
|
crazybeach replied at 12-7-2020 05:39 PM
so kalau tak kena menggelabah nak buat apa babi? bukan semua orang mampu nak dapat keja mindef gred ...
tersedak acik mindef tu... hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang susah jumpe org yg tak buat kerje lebih dari satu..lepas keje harian, gi bukak gerai burger la..tak pun jadi agen macm2..sume sebb nk menampung komitmen..takkan la tak nampak lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju..yg income biase2 nk shopping brg mahal pun kumpul duit..yg income terlebih tu patut shopping esp brg import kne tax lebih skit..contoh jee.jgn mara..Zaman dulu selalu promote belilah barang buatan malaysia..
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat gelabah tetek sisters |
|
|
|
|
|
|
|
gara2 pandemic....gaji yang ada pun kena potong dah ni...garis kemiskinan naik...huhuh...
dunia semakin maju....yang pandai jana income boleh survive...yang duk makan gaji...cukup2 makan je..silap tgh bulan dah kering.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita yang gaji kecik ni kena cut perbelanjaan2 yang tak perlu lah macam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|