CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 19

[Jenayah] Tarik rambut budak sambil suapkan nasi, wanita didenda RM5,000

[Copy link]
Post time 13-7-2020 02:43 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Akibat menarik rambut kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun semasa menyuapnya nasi, seorang bekas pengasuh didenda RM5,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Roslina Inggo, 24, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kes itu.

Roslina didakwa dengan sengaja melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak itu di sebuah TASKA, di sini pada 10.51 pagi, 15 November 2019 mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Zulkifli Awang merayu hukuman denda minimum kerana anak guamnya kini tidak bekerja.

"Tertuduh masih muda, dia kini tinggal bersama abangnya. Tertuduh juga telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama, ini adalah kesalahan pertama tertuduh," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran dengan alasan tertuduh sepatutnya melindungi mangsa kerana dia adalah penjaga kanak-kanak berkenaan.

Mengikut fakta kes semasa kejadian pengadu yang tinggal berdekatan dengan TASKA itu terdengar tangisan kanak-kanak.

Pengadu kemudiannya mengintai dari celahan daun tingkap dan merakam perlakuan tertuduh yang sedang menyuap nasi sambil menarik rambut mangsa. Kanak-kanak itu dilihat menangis sambil makan lalu pengadu membuat laporan polis. – BERNAMA




Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muka
Cuba kalau iols tarik rambut roslina ni
Bagi dia rasa sikit mcmana feeling kena tarik rambut
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 02:50 PM | Show all posts
nak jaga kanak2 ni hati kena banyak sabar
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti dah selalu buat. org tggu nak. rakam je
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 02:57 PM | Show all posts
matilamakkkkkk ...haku bagi makan anak buah pun penah cubit tak reti duk diam
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:11 PM | Show all posts
ada kala sedikit kepochi tu ada gunanya..
mesti ala2 detective conan dia merakam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 13-7-2020 03:11 PM
ada kala sedikit kepochi tu ada gunanya..
mesti ala2 detective conan dia merakam.


Kali ni dia dtg bwak phone & rakam......

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:23 PM | Show all posts
Mendapat sudah moga jadi pengajaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2020 03:24 PM | Show all posts
saku pukul anak buah iols sebab degil.. walaupun perlahan je tetap menyesal.. aku pujuk dia balik...  aku syg anak2 buah aku
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:32 PM | Show all posts
OMG.... Kalau personaliti tu mmg tak sabar dan takder kasih sayang utk budak2, jgnlah kerja di taska. Buat jer lah kerja2 yg lain yg tak melibatkan kanak2.

Kanak2 mmg ada berbagai jenis perangai, pe'el dan berbagai tahap kenakalan. Hanya org2 yg sayangkan kanak2 dpt endure perangai2 mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 03:42 PM | Show all posts
padan muka..
kalau tak sabar tak suka budak, jangan jadi pengasuh..
pergi cari kerja kilang sana..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2020 04:03 PM | Show all posts
kalau x nk jd pengasuh yg baik jgn jaga budak la bodo!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tarik rambut dia pulak
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Padan muke suke hati je nak tarik rambut anak orang
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:15 PM | Show all posts
Kalau diri tu tak mampu atau tak boleh bersabar baik jangan jadi pengasuh budak kecik ni. Kerja kilang lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2020 04:26 PM | Show all posts
panjang lah kepala budak tu nanti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih pada acik bawang..ini jenis bawang yg bermanafaat kpd masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 12:55 AM | Show all posts
susah zaman la ni

nak kawin kena pilih betul2
takkan nak test2 kawin pulak
kalau x okay boleh cerai camtu jer dgn anak 2-3 kerat
kalau stay x bini gila laki gila atau anak2 gila tgok perangai makbapak

dah kawin nak beranak
takder anak pekak telinga kena bahan org kepoh
ada anak sapa nak jaga kalau laki bini kena kerja

bg pengasuh jaga pun kena dera walau dah bayar duit
kesian anak2 kita yg makin dewasa ni nak lalui hidup

mencabar sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya budak tu, mesti sakit sambil terpaksa mkn. Bgs jgk ade org menyibuk ni. Atleast dpt jgk pembelaan utk budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2020 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
geram btul dgn org yg suka2 naik tgn kt bdk kecik. dibayar utk jaga n ddik bdk2 bkn utk suka2 lps geram. i babysit ank2 buah i pun paling2 nk marah jerkah je la klau nkal sgt. xsmpai ati nk cubit wlau kdang geram jgk. bila dh nangis kna marah i plak rsa sedih p peluk je dorang.

xde ksabaran nk hndle bdk2 jgn la kje taska/tadika. bdk2 mmg byk kerenah kn. laju naik tgn kt ank org sbb bdk kecik xpndai mlawan. cuba klau kje mngjar bdk bsar 2ndary school xdenye brani nk naik tgn kang xpsl kna belasah balik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.072663 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list