"Takkan bila badan sado dengan ramai kawan lelaki terus dicop gay?"
Dr Che Hafiz manafikan dakwaan mengatakan dia bercerai dengan Lufya Omar kerana meminati kaum sejenis.
Kredit foto: IG Dr Che Hafiz
"Dakwaan yang mengatakan saya suka dengan kaum sejenis itu adalah tidak benar sama sekali. Saya bukan gay.
"erceraian saya dengan Lufya bukan disebabkan saya suka lelaki ataupun ada orang ketiga. Tetapi kami tidak ada persefahaman dan beberapa perkara yang saya tak boleh kongsikan kepada umum," katanya kepada Gempak.
Tambahnya, bukan dia saja menjadi mangsa pihak tak bertanggungjawab yang menggunakan gambarnya untuk membuat akaun media sosial palsu.
"Saya hanya ada akaun Facebook dan Instagram saja. Kalau nak kenal siapa individu sebenar di sebalik identiti saya itu ajak la dia keluar.
"Saya sebagai doktor takkan nak buat macam tu. Baik saya buat perkara yang mendatangkan faedah.
"Walaubagaimanapun, saya tetap memandang perkara ini serius sebab tak lama lagi saya akan buka sebuah klinik sendiri. Jadi saya taknak orang salah faham dan fikir bukan-bukan," katanya yang menasihati orang ramai agar tidak mudah melatah dan mempercayai sesuatu yang belum pasti kesahihannya. - CARI
|