View: 1405|Reply: 11
|
Kelar Leher Kekasih Sebab Cemburu Dengan Anak
[Copy link]
|
|
Lelaki mengelar leher kekasihnya angkara cemburu dipenjara 13 tahun.
Menurut laporan Mirror, Karl Molyneaux menikam dan mengelar teman wanitanya sebanyak sembilan kali di rumah mangsa di South Shields, England.
Difahamkan, suspek bertindak demikian selepas mangsa meminta suspek meninggalkan rumahnya kerana mahu meluangkan masa bersama anak perempuannya.
Kredit foto: Mirror
Mangsa kemudian ditemui dua anaknya di dapur dalam keadaan parah, manakala Molyneaux melarikan diri dari lokasi kejadian.
Mahkamah Newcastle Crown dimaklumkan lelaki berusia 53 tahun itu melarikan diri ke garaj berhampiran sebelum menghubungi polis dan membuat pengakuan mengenai perbuatannya.
Akuinya, dia hilang pertimbangan diri selepas merasakan seolah-olah kehadirannya 'ditolak' apabila diminta meninggalkan rumah mangsa.
Dia juga menyangka mangsa ingin mengakhiri hubungan mereka, sekali gus mendorong Molyneaux mencederakan wanita itu kerana telah menyakiti hati dan perasaannya.
Mangsa yang mengalami cedera di pipi, leher, bahagian badan, lengan kanan dan siku dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan.
Menurut hakim, hubungan baik mangsa dengan bekas kekasihnya menyebabkan tertuduh menjadi seorang yang obsesif dan posesif hingga mendorong dia melakukan serangan terhadap kekasihnya pada 11 Mac lalu.
Tertuduh dan mangsa sudah mengenali antara satu sama lain selama 10 tahun, namun baru menjalin hubungan pada Disember 2019.
Walaupun masih melalui proses perceraian dengan isterinya, Molyneaux telah melamar mangsa, namun ditolak kerana wanita itu belum bersedia. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
GILAAAAAAAAAAAAAA.. Mujur tak mati ex gf dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Mental je sanggup bertindak sampai macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aduhla....cari la pmpuan lain...bunga bkn sekuntum la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Takkan la leluhur paling bertamadun buat macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ish3.... Teruk Sgt dah klu smpi mcmni |
|
|
|
|
|
|
|
Perangai buruk xkan susut seiring usia ye |
|
|
|
|
|
|
|
giler lah nsb baik gf tak mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
cemburu sampai buat diri tu jadi tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya.... cari lah pasangan yang molek |
|
|
|
|
|
|
|
Macemm macem...sampai gitu buat kt anak |
|
|
|
|
|
|
| |
|