Seorang suami tergamak melacurkan isterinya kepada lelaki hidung belang dengan harga 400 ribu rupiah(RM115).
Kejadian yang berlaku di Cianjur, Jawa Barat, Indonesia ini membabitkan suaminya Ey, 48, yang mempromosikan gambar-gambar isterinya menerusi sebuah aplikasi di Internet.
Menurut portal Tribunews.com, ianya dibongkar oleh Persatuan Kriminal Cianjur pada 16 Julai yang lalu yang membawa kepada penawaran harga seks tersebut.
Kredit foto : Tribunnews
Ketua Polis Cianjur, AKBP Juang Andi Priyanto menyatakan ianya bermula dengan mempromosikan mangsa menerusi gambar di aplikasi tersebut, kemudiannya jika ada yang berminat, lelaki tersebut akan membawa isterinya ke hotel tersebut untuk melayani pelanggan.
"Tertuduh meletakkan harga Rp400 ribu manakala Rp100 ribu pula sebagai komisen kepada isterinya."
Kredit foto : The Insider
Pihak polis menjumpai bahan bukti iaitu dua buah telefon bimbit, wang tunai bernilai Rp 400 ribu, dua kondom, dan kad pengenalan tertuduh. Berikutan itu, suspek ditangkap dan didakwa atas akta perdagangan orang dan berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara, jika sabit kesalahan. -CARI
|