|
Selepas desas-desus mempunyai hubungan dengan pembaca berita TV3, Hawa Rizana, kini ada pula dakwaan bahawa pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara, Zizan Razak sudah bertunang dengan gadis berasal dari Terengganu.
Terkejut dengan berita itu, Zizan bagaimanapun menganggap dakwaan tersebut sebagai satu doa.
"Saya pun pertama kali dengar dakwaan ini. Mana datangnya berita saya bertunang? Saya pun tak tahu.
"Sejujurnya, memang tak ada. Saya sendiri tiada teman wanita sekarang ini, saya memang solo.
"Kalau itu adalah doa, saya terima dengan sebaiknya. Tapi, buat masa ini saya memang tidak bertunang dengan sesiapa," kata Zizan memetik laporan Gempak.
Menurut Zizan, dia juga tidak akan menyembunyikan berita gembira sekiranya ia benar-benar terjadi.
"Sudah semestinya saya akan berkongsi dengan semua orang jika saya bakal menempuhi fasa bahagia atau permulaan baru. Saya tak akan berdiam sahaja," tambahnya lagi.
Malah, menerusi hantaran di Instagram, Zizan turut menafikan khabar angin tersebut.
Apapun, selamat bertemu jodoh ya Zizan. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|