"Tidak ada kena mengena dengan putus cinta ke apa."
Model, pelakon dan bekas pengacara Nia Atasha Rosli menafikan dia memotong rambut pendek kerana mahu move on dari putus cinta dengan Qi Razali.
Kredit foto: IG
Berkata kepada Gempak, dia sebaliknya berbuat demikian kerana tuntutan drama.
"Memang tipikal kalau potong rambut ni orang cakap sebab nak move on. Saya potong rambut pendek ni memang niat dah lama dan sebab tuntutan drama.
"Saya mencari peluang untuk potong rambut pendek dan inilah masa yang sesuai. Pada masa yang sama ini juga merupakan tuntutan sebuah drama yang memerlukan saya memegang watak sebagai seorang tomboy," jelasnya.
Kredit foto: IG
Walaupun episod cinta mereka terkandas tengah jalan sekitar awal tahun ini, Nia dan Qi masih berkawan baik. - CARI |