Seriau! Remaja berusia 13 tahun terselamat selepas tertusuk batang joran apabila dia terjatuh ketika menunggang basikal dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mirror melaporkan, dalam kejadian pada 5 Julai lalu itu, batang joran berkenaan menembusi hingga ke belakang tubuh remaja Rusia terbabit.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Voskresensk No.2 di Moscow, di mana doktor berdepan kesukaran melakukan pembedahan ke atasnya kerana remaja berkenaan tidak boleh baring.
Malah, mereka berdepan risiko pendarahan serius ketika melakukan pembedahan mengeluarkan objek berkenaan.
Kredit foto: Mirror/Kementerian Kesihatan Moscow
Hanya satu sentimeter daripada terkena salur darah (vena kava), remaja terbabit bernasib baik objek berkenaan berjaya dikeluarkan dan dia dibenarkan discaj selepas 12 hari menjalani operasi pembedahan itu. - CARI |