"Nasihat mummy, jangan jadi penyampai radio."
Penyampai radio terkenal, Linda Onn yang akan menamatkan perkhidmatan di sebuah stesen radio pada 12 Ogos ini, mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyampai, peminat dan pendengar sepanjang dua tahun bersama stesen radio itu. Selain berkata dia akan merindui semua di konti, Linda juga memohon maaf jika ada salah bicara selama ini.
Namun, selepas sehari hantaran tersebut, Linda memuat naik gambar anaknya yang bergaya ala-ala deejay dengan nasihat mendalam dititipkan kepada anaknya yang turut menimbulkan tanda tanya netizen. Linda merajuk atau tak puas hati?
Kredit foto : IG
Nasihat Linda kepada Zara yang melarangnya menjadi penyampai radio malahan menjadi bos di stesen radio kerana masih bekerja di bawah majikan seolah-olah memberi klu tertentu. Ada masalah ke?
Hantaran terdahulu ketika majlis perpisahan - Kredit foto : IG
Sibuk dengan bisnes terbaharunya membuat minyak wangi, Linda tetap berkata tidak akan melupakan dunia pengacaraan ini. Netizen turut menyokong idea tersebut supaya Linda membuka stesen radio sendiri.
Kredit foto g
Kredit foto : IG
Adakah ini pengakhiran penyampai radio yang pernah menghiburkan pendengar radio satu ketika dahulu? Begini juga kah yang terjadi kepada deejay lain seperti Fara Fauzana, FBI, Adi, Krill yang masing-masing mencari haluan sendiri dan tempat mereka digantikan dengan pelawak serta deejay yang lebih muda? Pendapat anda? - CARI
|