Bersemut ucapan Sharifah Rose sempena ulang tahun hubungannya dengan anak tiri Datuk Sri Siti Nurhaliza, Aazief Khalid.
Ucapnya menerusi Instagram, dia berharap agar segala tindakannya dapat membuktikan kasih sayangnya terhadap Aazief.
Kredit foto: IG Sharifah Rose
Kata personaliti media sosial itu, menjalin hubungan dengan Aazief adalah keputusan paling tepat dalam hidupnya.
Walau banyak dugaan mendatang, dia tidak akan pernah teragak-agak memilih Aazief dalam hidupnya.
Sharifah juga menyifatkan Aazief sebagai insan yang menjadikan hari-harinya lebih baik. - CARI
|