"Saya minta maaf kerana mencuri kereta ibu bapa saya dan memandu laju."
Gara-gara memandu kereta ayahnya secara curi-curi, seorang remaja, Angel Martinez, 14, terpaksa berputih mata apabila ayahnya menjual segala barangan peribadinya sebagai hukuman.
Menurut laporan portal Fox 10, kejadian yang berlaku di Arizona, Amerika Syarikat (AS) ini mengesahkan bapa Angel, Ramon berkata itu adalah denda terbaik bagi mengajar anaknya itu.
Foto: Fox 10
Terdahulu, remaja itu ditahan polis ketika memandu kereta milik keluarganya, awal bulan ini.
Ketika itu, ibu bapanya berada di Las Vegas bagi meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka.
Setelah menerima panggilan telefon daripada polis mengenai kesalahan dilakukan anaknya, pasangan itu terpaksa membatalkan sambutan berkenaan dan pulang ke rumah sebelum mengambil keputusan 'mengosongkan' bilik anaknya itu.
Foto : Fox 10
Barangan peribadi seperti set perabot bilik tidur termasuk katil, televisyen, pakaian dan kasut dilonggokkan di luar rumah untuk dijual.
Remaja itu juga diarahkan duduk di katil di tepi jalan dengan papan tanda permohonan maaf.
Foto : Fox 10
Rupa-rupanya itu bukan kesalahan pertama dilakukan, jadi langkah sedemikian adalah kerana mahu memberi pengajaran kepada remaja berkenaan.
Memandangkan tiada lagi barangan di dalam bilik Angel, dia dilaporkan terpaksa tidur di lantai ruang tamu buat masa ini.
Foto : Fox 10
Nampak keras hukuman tersebut, namun melihatkan riak wajah Angel yang kesal, mungkin itu yang terbaik untuk mengajarnya. -
CARI