Ibu bapa yang berjaya memberi pendidikan semula jadi dari rumah iaitu didikan terus dari tangan mereka sendiri adalah ibu bapa yang hebat dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak seperti yang tular di Facebook ini.
Adly Razali menerusi laman Facebooknya berkongsi kisah muridnya yang gigih menyiapkan tugasan diberikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) beberapa bulan lepas.
Kredit foto: Facebook Adly Razali
Kegigihan murid tersebut dipuji kerana sanggup melukis semula tugasan yang diberikan kerana rumahnya tiada pencetak. Lebih mengagumkan, budak lelaki ini turut dibantu seluruh ahli keluarganya.
<strike></strike>
<strike></strike>
<strike></strike>
Kredit foto: Facebook Adly Razali
Anak-anak sentiasa perlu dibimbing, dididik dan diasuh serta dipantau sepanjang mereka membesar hingga dewasa.
Ajaran pertama yang mereka terima adalah dari rumah. Sifat seperti ini sewajarnya diamalkan pelajar dan keluarga lain untuk memastikan anak-anak boleh mengecapi kejayaan walaupun datang daripada latar belakang serba kekurangan. - CARI |