Malang tidak berbau. Video kemalangan ngeri Grand Prix Austria di Litar Red Bull yang melibatkan pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin, 26, yang dimuat naik MotoGP di laman Twitter tular di media sosial dan menerima pelbagai respons daripada netizen.
Kredit Foto - Berita Harian dan Instagram Hafizh Syahrin
Berdasarkan video itu, insiden ngeri itu berlaku apabila motosikal ditunggang pelumba Itali, Enea Bastianini terbabas dan terseret hingga ke tengah litar ketika pusingan keempat sedang berlangsung.
Kredit Foto - Astro Awani - Enea Bastianini
Hafizh yang juga merupakan pelumba Aspar Team gagal mengelak dan merempuh motosikal terbabit sebelum terpelanting ke hadapan.
Selain Hafizh, dua lagi pelumba terbabit dalam kemalangan itu ialah Edgar Pons dari Sepanyol serta Andi Farid Izdihar dari Indonesia.
Kredit Foto - Google - Edgar Pons (kiri), Andi Farid ( kanan)
Berikutan kejadian, Hafizh dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Memetik laporan Utusan Malaysia, Pengurus pasukan Aspar iaitu Gino Borsoi memaklumkan Hafizh yang mengalami lebam di pinggang kini berada dalam keadaan stabil.
Syukurlah Hafizh selamat. Semoga cepat sembuh. - CARI
|