Derma organ umpama memberi nyawa baharu.
Demi tanggungjawab yang dilafazkan sewaktu bernikah dahulu, seorang lelaki sanggup mendermakan sebelah buah pinggang kepada isterinya yang menghidap penyakit kegagalan buah pinggang.
Mohd Hilmi Damak Kacak mendermakan sebelah buah pinggang untuk isterinya menjalani kehidupan normal tanpa melakukan rawatan dialisis setelah diuji dengan penyakit itu ketika usia perkahwinan mereka menginjak dua tahun.
Berikut adalah catatan Mohd Hilmi di Facebook mengenainya.
Kredit foto: Facebook Mohd Hilmi
Dapat kencing semula
Pembedahan tersebut telah berjaya dan akhirnya isteri Mohd Hilmi boleh membuang air kecil seperti sediakala.
Kredit foto: Facebook Mohd Hilmi
Pengorbanan paling luhur, menggambarkan betapa dalamnya cinta Mohd Hilmi demi kehidupan lebih baik isterinya. - CARI |