Budak 7 tahun maut selepas terjatuh daripada tingkat empat sebuah flat di Batu 2, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu.
Kejadian pada 8.30 malam itu menyaksikan kanak-kanak yang tinggal besama neneknya itu terjatuh dari beranda dapur.
Difahamkan ketika itu nenek mangsa yang berusia 52 tahun berada di dalam tandas.
Wanita tersebut hanya menyedari cucunya terjatuh selepas mendengar jeritan orang ramai dari tingkat bawah rumah.
Foto: Berita Harian Online
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata,
"Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Queen Elizabeth II (HQEII).
"Ibu dan bapa mangsa yang bekerja sebagai pembersih awam tinggal rumah lain tetapi di flat yang sama."
Tiada unsur jenayag dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. -CARI |