Edited by KBW2 at 19-8-2020 12:31 AM
Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas tindakan pimpinan tertinggi UMNO memberikan autonomi kepada Bung Radin Moktar, iaitu Pengerusi Barisan Nasional Sabah untuk melantik Ketua Menteri Sabah yang baharu. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Sabah yang ditetapkan tarikhnya pada 26 September akan datang.
Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO harini berkata antara lain peranan Bung Radin dalam PRN kali ini:
"Memilih seorang ketua menteri dalam kalangan Adun apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan kerajaan negeri Sabah yang baru. "Lepas PRN kalau dapat majoriti mudah perundingan akan dijalankan dengan semua Adun yang ada.
Bercakap dalam satu sidang media, Abdul Rahman Dahlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai langkah "bunuh diri". Ini kerana Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu dibelenggu dua kes rasuah yang masih dalam perbicaraan. Tambah lagi menurut beliau terdapat ramai lagi yang layak dan berkebolehan untuk memikul tanggungjawab itu. Beliau berkata:
"Ia langkah bunuh diri" "Tidak ada parti di dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah (dan) menghadiri kes-kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihan raya," katanya.
Abdul Rahman turut menegaskan bahawa pemilihan tersebut seolah-olah menghina kod etika rakyat Sabah dan mahu Presiden UMNO mempertimbangkan semula keputusan tersebut.
Sumber: Malaysiakini
|