"Saya tidak kisah digelar tua sebab saya memang sudah tua. Tapi apabila digelar buruk, saya memang terasa."
Itu luahan dari pelakon berkarektor Noorkhiriah, 44, yang berkecil hati apabila dirinya dihina buruk oleh sesetengah pihak sehingga lah sekarang.
Kredit foto G
Bagi Noorkhiriah, dia tidak kisah digelar tua namun cukup terasa hati sekiranya digelar buruk yang jelas termasuk dalam kategori sindir badan (body shaming), seperti yang dilaporkan Harian Metro.
"Saya memang terasa sebab dari dulu mula masuk industri hiburan, buruk itu sinonim dengan saya. Ada juga pengarah yang sebut buruk tepat pada muka saya. Saya tak tahu kenapa, mungkin betullah saya buruk sangat. Sampai terdengar-dengar mereka sebut buruk walaupun hanya gurauan. Barulah saya tahu itu sejenis 'body shaming'."
Kredit foto: IG
Dalam masa sama, pelakon drama Nur itu juga menyarankan syarikat produksi mengambil pelakon cantik daripada memanggilnya sekadar untuk mencukupkan orang serta menjadi bahan senda.
"Zaman sekarang saya faham semua cantik-cantik, tapi jika panggil saya hanya untuk memenuhkan 'frame' dan jadi bahan, lupakanlah. Saya sudah tua untuk hadap.
Foto : IG
Menurut Khiriah lagi, hatinya makin lama makin terasa dengan 'gurauan' tersebut. Ciptaan Allah sudah cukup sempurna, tetapi mengapa ada manusia yang suka menjahamkan perasaan orang lain?
Begitulah kehidupan, orang cantik selalunya dipuja-puja, tapi janganlah pula mengeji mereka yang kurang cantik. Jagalah hati insan lain ya. - CARI
|