Jika kita merasakan cuaca di Malaysia sudah sangat panas dengan suhu tertinggi 37.4 darjah celsius ketika ini, bayangkan pula suhu yang direkodkan setinggi 55 darjah celsius?
Pada Ahad lalu, Taman Negara Death Valley California, Amerika Syarikat (AS) mencatatkan rekod suhu terpanas di dunia.
Foto :Kidnews
Menurut BBC, perkembangan itu susulan gelombang cuaca panas yang melanda pantai barat negara itu. Lebih dasyat, ianya dijangka semakin meningkat minggu ini.
Memburukkan lagi keadaan, ianya menganggu bekalan elektrik di California apabila stesen jana kuasa mengalami masalah.
Seorang petugas di taman negara berkenaan, Brandi Stewart menyatakan dia banyak menjalankan tugas di dalam bangunan sepanjang bulan ini.
"Ini adalah haba yang amat menyeksakan. Bila berjalan di luar, anda akan berasa seperti berada di dalam ketuhar dengan gelombang haba terasa di seluruh badan."
Foto :in.glbnews.com
Bagaimanapun, ianya tidak menghairankan kerana taman negara sama pernah merekodkan cuaca paling panas di dunia iaitu 54 darjah Celcius pada 2013.
Dalam masa sama, pihak berkuasa meramalkan gelombang haba akan meliputi kawasan dari Arizona di barat daya menghala ke pantai di Washington barat laut negara itu.
Ia dijangka mencapai kemuncaknya pada Isnin dan Selasa sebelum suhu panas itu diramal menurun dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 hari lagi.
Foto : n.glbnews.com
Mujurlah negara kita tidak sepanas itu. Paling tinggi pun pernah mencapai suhu sehingga 40 darjah Celsius, itu pun sekali sahaja pada tahun 1998 disebabkan fenomena El Nino. Jadi, bersyukurlah ya. - CARI
|