Wanita tergamak mendera anaknya berusia 15 bulan bagi melepaskan geram terhadap suami dan ibu mentua.
Menurut India Times seperti dipetik Harian Metro, perbuatan wanita itu disedari selepas suaminya memasang kamera litar tertutup (CCTV).
Kredit foto: India Times/Harian Metro
Curiga dengan tingkah laku isteri sepanjang ketiadaannya di rumah, lelaki itu memasang CCTV yang kemudian menunjukkan wanita itu mengasari ibu mentuanya selain mendera bayi mereka.
Lantaran itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung perbuatan isterinya.
Wanita terbabit bagaimanapun tidak mengaku perbuatannya, sebaliknya mendakwa menjadi mangsa dera suami dan ibu mentuanya yang juga dikatakan membiarkannya kelaparan.
Dia kemudian mengaku memukul anaknya kerana mahu melepaskan geram selain kerana lapar dan kes kini dalam siasatan. - CARI |