Kredit foto : Instagram Sajat
Kedai emas milik pengasas kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nursajat dikatakan telah dirompak, baru-baru ini.
Mengikut kenyataan Sajat di laman Instagramnya, kejadian berlaku pada 14 Ogos selepas jam 3.50 petang di kedai emas miliknya di Johor Bahru.
Insiden itu bagaimanapun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai emas berkenaan dan wajah pelakunya juga telah berjaya dikenal pasti.
Lelaki yang berpakaian serba hitam dan 'berkopiah' itu dikatakan telah mencuba seutas rantai emas sebelum dia tiba-tiba melarikan diri bersama rantai emas tersebut.
Kredit foto : Instagram Sajat
Kredit foto : NST
Polis dikatakan sedang melakukan siasatan dan Sajat juga turut menawarkan ganjaran lebih RM1,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat dan mengenal pasti penjenayah tersebut. - CARI |