|
Bercerita mengenai Neelofa yang masih bujang, ibunya, Datin Noor Kartini Mohamed Noor percaya Tuhan ada rancangannya sendiri.
Katanya, dia tidak kisah sekiranya usahawan, aktres dan pengacara itu memilih mualaf sebagai calon pasangan hidup.
“Dari segi pemilihan menantu, saya tidak melarang anak jika mahu memilih suami yang mualaf sekalipun, cuma saya hanya risau jika anak tak boleh menjalankan tanggungjawab yang besar untuk membimbing mualaf itu,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.
Berkongsi sedikit kisah perjalanan karier anaknya itu, Kartini akui pada mulanya agak tertekan apabila Neelofa menjadi perhatian orang ramai dan menyifatkannya antara dugaan terbesar perlu dihadapinya.
“Pada mulanya memang agak tertekan apabila Neelofa menjadi terkenal kerana ramai membuat cerita yang bukan-bukan.
“Tetapi makin lama, kami sekeluarga belajar untuk buang yang keruh ambil yang jernih daripada setiap perkara yang berlaku. Sebagai keluarga kami dapat membezakan mana cerita yang betul dan mana satu fitnah,” katanya.
Kredit foto: IG Neelofa
Pun begitu, dia akui apabila anak-anak menjadi perhatian masyarakat, ia memberi impak positif kepada mereka iaitu menjaga tingkah laku dan lebih berhati-hati sebelum melakukan sesuatu. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|