“Saya telah mencuba banyak makanan Korea halal, namun masih belum mencuba minumannya.”
Seorang warga Indonesia, Sovi yang juga pengusaha kafe telah membuat minuman Soju versi halal kerana sangat teringin untuk menikmatinya.
Minatnya itu bermula dengan menonton drama rantaian Korea yang memaparkan adegan meminum Soju membuatkannya mencari idea bagi menghasilkan versi halal itu.
Kredit foto : IG
Menurut laporan Astro Awani, cafe yang diusahakan Sovi terletak di Bandung dan menyediakan aneka makanan Korea.
"Disebabkan Soju tulen adalah minuman keras yang mengandungi 17 hingga 20 peratus alkohol, maka saya mengolahnya kembali dengan ramuan dan cara penyediaan tanpa barangan yang meragukan."
Kredit foto : IG
Mempelajari resepi mojito daripada rakan yang mengusahakan kafe, Sovi kemudian mengeksperimen resepi soju, lalu terhasillah beberapa perisa seperti yogurt, laici, teh hijau dan strawberi.
“Minuman Mojiso ini tidak seperti soju di Korea. Bahannya 100 peratus berbeza. Kerana itulah ia halal."
Kredit foto : IG
Versi bebas alkohol berjenama Mojiso itu dilabelkan sebagai minuman 'sparkling' Korea dan dijual dalam botol hijau.
Sebotol dengan kandungan 360ml dijual pada harga 45,000 Rupiah (RM12.80) dan sedia untuk dihantar kepada pelanggan di seluruh Pulau Jawa.
Produk baharu itu menarik minat warga tempatan untuk mencubanya, lalu menyifatkannya mempunyai rasa soda yang lebih ringan, selain menyegarkan. Ada yang nak mencuba Mojiso ini tak? - CARI |