Kerana geram dengan suaminya yang dipercayai bersekedudukan dengan seorang wanita simpanan, seorang isteri bersama anaknya menyerang wanita itu di rumahnya.
Kebetulan suaminya juga turut berada di rumah wanita itu, maka berlakulah kekasaran hingga mengakibatkan ianya menjadi kes polis. Kejadian yang berlaku di Makasar, Indonesia itu tular hingga diperkatakan ramai netizen, seperti yang dilaporkan oleh portal Tribunews.com.
Foto : Tribunews.com
Dalam video tular itu, wanita terbabit juga dilihat menendang wanita tersebut, dibantu anak perempuannya yang berusia 17 tahun sehingga kemuncaknya ialah memecahkan bekas minuman ke kepala mangsa.
Rentetan itu, mereka telah ditahan oleh pihak polis dan akan didakwa Akta Penganiayaan 170. Menurut pihak polis, pasangan ibu dan anak itu ditahan hingga adanya pendamaian antara kedua-dua pihak.
Bagaimanapun, si isteri turut membuat laporan ke atas suaminya dengan tiga dakwaan iaitu kerosakan telefon anak perempuan yang dilakukan oleh mangsa, suaminya yang berkahwin tanpa izin isteri pertama dan yang terakhir ialah berlakunya perzinaan.
Foto : Youtube
"Laporan kedua-dua pihak telah kami ambil, jadi ianya telah pun selesai. Kita akan serahkan kepada pihak berkuasa di sampai kami terus mengawal kedua-dua pihak supaya tidak menimbulkan pergaduhan lagi."
Kuasa wanita, antara isteri, anak perempuan dan isteri kedua. Siapa yang bersalah? Biar undang-undang menentukan. -
CARI
|