Nabil Mahir menerusi hantaran di Instagramnya meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak yang menggunakan agama untuk menghamburkan cacian.
Lebih melucukan katanya, ada pihak sanggup buat akaun palsu semata-mata untuk meninggalkan komen negatif dan mengutuk.
Pengacara dan juga tunang kepada Ayda Jebat itu bagaimanapun memohon maaf andai terlebih terkurang kerana dia juga manusia biasa.
"Saya doakan kepada semua moga sebarang masalah yang anda lalui, moga dipermudahkan dan diberi kebahagiaan," tulisnya.
Kredit foto: IG Nabil Mahir
Mungkinkah kata-kata Nabil itu ditujukan buat mereka yang mengecam fotonya berpelukan dengan Ayda Jebat ketika Hari Kemerdekaan, baru-baru ini? - CARI |