CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19983|Reply: 35

Gunung jerai.

[Copy link]
Post time 6-9-2020 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Misteri perkampungan bunian di Gunung Jerai

Setiap kenderaan yang memasuki Kedah menerusi Lebuhraya Utara Selatan, pasti terpegun melihat kegagahan dan ketinggian Gunung Jerai.

Ketika dilihat dari jauh berserta sawah padi menghijau, pemandangan gunung setinggi 1,217 meter dari aras laut itu kelihatan sangat indah.

Bagaimanapun ramai yang tidak mengetahui antara gunung tertinggi di Kedah itu penuh dengan misteri dan mitos yang masih belum terungkai.

Bagi penduduk yang tinggal di sekitar pergunungan tersebut, pelbagai cerita kejadian aneh sering didengar oleh mereka, malah ada yang mendakwa berlaku di depan mata.

Antara mitos Gunung Jerai dikaitkan dengan kedatangan Raja Bersiong yang dikatakan orang pertama membuka kawasan penempatan di kaki gunung berkenaan.

Malah, kerja cari gali arkeologi menemui tapak dipercayai Kuil Kolam Air Sembilan yang kononnya menjadi tempat bersiram Raja Bersiong.

Pada zaman dahulu, Kedah berada di bawah pemerintahan Siam. Kebanyakan Raja Kedah menggunakan nama dalam bahasa Siam.

Raja Ong Maha Perita Daria adalah salah seorang daripada mereka, namun baginda lebih dikenali sebagai Raja Bersiong.

Raja Bersiong terkenal dengan tabiatnya yang suka meminum darah manusia.

Mitos lain yang dikaitkan dengan Gunung Jerai adalah sebuah batu besar di atas puncak yang berbentuk sebuah kapal dipercayai disumpah Sang Kelembai.

Sang Kelembai adalah gergasi yang mempunyai kuasa sakti.

Namun, mitos yang paling popular bagi setengah penduduk tempatan seperti Wan Teh Wan Shaari, Gunung Jerai dikenali sebagai lubuk bunian.

Lelaki berusia 54 tahun itu memaklumkan, gunung itu dikatakan menjadi penempatan bunian terbesar diperintah oleh seorang raja.

“Penduduk di sekitar Gunung Jerai percaya bahawa kawasan itu mempunyai sekurang-kurangnya tiga buah perkampungan bunian.

“Bunian ini dikatakan akan menjelmakan diri mereka menyerupai sesiapa sahaja yang disukainya termasuk perempuan cantik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Rumah dalam hutan

Wan Teh yang sering keluar masuk ke pergunungan Gunung Jerai untuk mencari sumber hutan sejak tahun 1980-an juga pernah melalui pengalaman aneh.

Ceritanya, pernah satu hari, dia bersama seorang rakan masuk ke kawasan pergunungan itu untuk mencari akar kayu sebelum tersesat ketika dalam perjalanan pulang.

Tambahnya, ketika itu waktu sudah senja dan hujan lebat sehingga menyebabkan mereka sukar mengesan laluan denai yang sering digunakan.

“Dalam keadaan cemas , saya ternampak beberapa buah rumah kayu yang berlampu di satu sudut hutan di gunung ini. Saya panggil kawan yang sedang berteduh di bawah pokok untuk pergi meminta bantuan.

“Lepas saya pusing balik, rumah itu sudah hilang. Selepas itu, baru kami jumpa jalan pulang. Pelbagai tanda tanya bermain dalam minda dengan bulu roma meremang,” katanya.

Tegasnya, dia berasa amat bersyukur kerana tidak masuk ke perkampungan bunian tersebut, kalau tidak mereka berdua mungkin tidak akan jumpa jalan keluar hingga hari ini.

Cerita mengenai bunian di Gunung Jerai juga pernah menggemparkan negara dengan kehilangan seorang pemuda berusia awal 20-an pada tahun 2000.

Pemuda itu dikatakan mengikut seorang gadis cantik yang berada di gunung tersebut. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencari pemuda tersebut, namun gagal ditemui.

Setelah seminggu misteri kehilangannya heboh diperkatakan, akhirnya mangsa dijumpai mati di sekitar kawasan air terjun.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan ngeri tanpa kepala dan badannya diceraikan.

Dikatakan tempat pemuda itu ditemui adalah penempatan bunian.

Meskipun gunung tersebut terkenal dengan pelbagai kisah aneh, namun ia sentiasa menjadi tumpuan pengunjung terutamanya bagi mereka yang ingin mencari ketenangan dan menikmati keindahan alam.

Wan Teh turut mengakui, terdapat individu yang datang ke situ semata-mata untuk bertapa terutamanya dalam kalangan pengamal perubatan tradional.

Justeru, dia menasihati pengunjung supaya jangan terlalu taksub dengan cerita-cerita yang diperkatakan supaya tidak menjerat diri.

“Saya selalu bawa orang luar mendaki gunung ini. Saya sering menasihatkan mereka supaya tidak bercakap besar.

“Paling penting, perlu ada niat yang baik ketika mendaki. Jangan sesekali ada niat tidak elok, takut-takut tidak jumpa jalan pulang,” tuturnya.
*Cnp sbnrnyq. Sy asal dr kedah. Selalu gak dgr crita2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2020 11:10 PM | Show all posts
dulu selalu jgk naik gunung jerai ni tapi tk penah jumpa apa2 yg pelik
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Raja bersiong buka situ? Aku rasa mcm pelik ja citer ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2020 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada zaman dahulu, Kedah berada di bawah pemerintahan Siam. Kebanyakan Raja Kedah menggunakan nama dalam bahasa Siam.

Nak membohong pun pada2 la.. Bila pulak kedah bawah siam jebon yg cute tu wei?

Hanya kerana Merong terus kata bawah siam...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry iols ot skit. Gunung Pulai di Johor pun ada yang kata keras dan tempat bunian. Manalah tahu Gunung Pulai dan Gunung Jerai ada connection?

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-9-2020 11:30 PM
Sorry iols ot skit. Gunung Pulai di Johor pun ada yang kata keras dan tempat bunian. Manalah tahu Gu ...

Rasanya kebanyakan kawasan hutan mmg tempat benda2 ghaib ni duduk kot..mcm blue lagoon kt bukit wawasan ni. Ramai dah org hilang..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawasan gunung memang tempat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak naik gunung jerai ni ada track die. Aku penah join dulu. Mmg guide tu ckp kalau nak naik tu biar naik ramai2. Kalau stakat geng2 sendiri belas2 org baik takyah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2020 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg i tau cerita raja bersiong ni,
Dia baling siong dia kat baling
Pastu jatuh kt kampung siong
.
Ni cerita yg dgr masa dok ulang mandi kt kolan air panas kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Raja bersiong tu gila minum darah org ke... mesti dia mati dpt mcm2 penyakit tu..dh mcm vampire nk minum darah maknusia
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissVixen at 7-9-2020 10:02 AM

Jerai ni ramai yang bertapa dan berkhalwat? Aku naik sampai kem tentera tu jumpa ramai macam tok sheikh berjanggut lepak di atas. Ramah dan senyum je diorang bagi salam. Relax je diorang bawak saga lama tu naik atas. Jalan sampai jerai hill resort tu ok. Yang naik atas lagi tu sempit betul. Bila aku jalan sorang2 dekat atas tu, rasa seram dan diperhatikan.

Ni video bro ni tengok jerai malam2. Berani betul di sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah... berapa kali naik dah gunung jerai ni xde jumpe apa2 yg pelik. Cuma malam je la rasa seram sikit sebab suasana pokok2  kot
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah menarik sejarah gunung jerai ni.
Aku pernah naik bermlm atas sana.
Memang cantik ciptaan Allah.
Dgn bunga2 hydrangea, view dataran n laut dari puncak gunung tu..memukau.
Cuma syg..ada budak2 tu parents biar je cabut2 bunga,kacau2 pokok..
Anak2 aku dah pesan siap2.pergi tempat org jgn kacau apa2, bergambar takpe tapi jgn ambik bunga ke batu ke..hormat tempat org lain..kita tak tahu sape lagi yg duduk situ.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:34 AM | Show all posts
dah nama pun gunung mmglah keras

gunung2 pun sinonim dengan ketuhanan dan spiritual significant
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:45 AM | Show all posts
Pernah dulu i ols dengar cerita le ada seorang cikgu lokal org sane lah, naik bercamping dengan anak2 murid dia kt Gunung Jerai ni la. Tak salah dia cikgu Pengakap. Tapak yg diaorang ber camping tu ada saliran/mcm air terjun mini kecil, cantik, bersih...

Balik rumah lps trip camping tu, cikgu didatangi oleh ketua alam ghaib dlm mimpi. Lepas peristiwa tu wife cikgu ni preggy lama gak berubat.. malam2 dia asyik bertemu dlm mimpi ketua kg alam ghaib ni. Katanya tapak camping tu tempat air sembahyang untuk geng alam lain tu. Dekat time bini nak bersalin, ketua kg tu request nak baby tu. Lepas 9 bulan bini pun bersalin, baby keluar macam anak patung ..putih bersih. Tak pasti dia berubat kt mana tpi anak tu dan famili cikgu tu okay tak diganggu lepas tu..Entah la tpi memang keras Gunung Jerai ni, mcm Gunung Ledang. Tempat orang menuntut ilmu tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 11:56 AM | Show all posts
MissVixen replied at 7-9-2020 09:59 AM
Jerai ni ramai yang bertapa dan berkhalwat? Aku naik sampai kem tentera tu jumpa ramai macam tok she ...

siap nyanyi lagu raya lg..hepi btul dia tanpa ada takut lgsg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2020 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 7-9-2020 11:56 AM
siap nyanyi lagu raya lg..hepi btul dia tanpa ada takut lgsg

Urat takut dah hilang katanya
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 01:30 PM | Show all posts
MissVixen replied at 7-9-2020 12:18 PM
Urat takut dah hilang katanya

redah hutan sorng2..buat live plak tu..siap nyanyi lagu raya..pehhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
johan-adx replied at 7-9-2020 01:30 PM
redah hutan sorng2..buat live plak tu..siap nyanyi lagu raya..pehhhh..

Rumah tinggal bomoh siam, hospital lama, kuarters terbiar dia masuk sorang2 je. Tak pernah aku jumpa youtuber dan penjejak paranormal seberani dia gerak solo dan provoke jin2 iblis. Mungkin dulu kerja askar atau polis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2020 01:51 PM | Show all posts
MissVixen replied at 7-9-2020 01:48 PM
Rumah tinggal bomoh siam, hospital lama, kuarters terbiar dia masuk sorang2 je. Tak pernah aku jum ...

tu la pasal..btul2 solo dia redah..jin jmpa dia pun takut
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:48 PM GMT+8 , Processed in 0.527525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list