Jika sebelum ini, vokalis Drama Band, Aepul Roza menyuarakan keresahannya kerana stesen penyiaran radio kerap memainkan lagu TikTok, nampaknya dia tidak berseorangan.
Ianya bukan sahaja menjadi kebimbangan kepada penyanyi Malaysia, tetapi juga menimbulkan rasa menyampah netizen terhadap kegilaan stesen radio memainkan lagu-lagu dari platform TikTok berbanding lalu-lagu lain.
Foto : Twitter
Kegusaran ini sebenarnya berasas kerana stesen radio kini seolah-olah terperangkap di dalam Tik Tok lalu menyangka yang pendengar radio mahukannya.
Foto : Luahan Aepul di Twitter pada 28 Julai
Sudah lah deejay radio pun dipilih dari kalangan pelawak, kini pendengar dipaksa pula mendengar sesuatu yang bukan kemahuan mereka.
Persoalannya memang zaman sekarang, semua kena ikut perkara yang trending dan tular ke, macam mana?
Foto : Business Insider
Menurut pengguna Twitter, Afiq Shari mendakwa stesen radio sepatutnya mendengar pandangan pendengar yang sudah muak dengan lagu yang diputar berulang kali dalam sehari.
Malah, bahagian yang sedap hanyalah ketika korus semata-mata dan bukannya keseluruhan lagu. Mengapa perlu terikut-ikut trend sebegini?
Foto : liveatpc.com
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat tersebut kerana pendengar radio dan penonton TikTok adalah individu berlainan, jadi selera juga berbeza. Kenapa perlu disamakan?
Twitter
Ada pula yang menyarankan supaya menukar saluran.
Twitter
Anda pula bagaimana? Menyampah atau 'okey-okey ja'? - CARI |