Lelaki berusia 53 tahun menjalani pembedahan kecemasan selepas memasukkan gelas bir ke dalam lubang dubur.
Daily Star melaporkan, lelaki itu dibawa ke hospital di wilayah Sichuan selepas gagal mengeluarkan sendiri objek berkenaan.
Kredit foto: Daily Star/SWMU/Newsflash
Doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi mengeluarkan gelas kaca itu selepas mendapati ia tersangkut sekitar 6 sentimeter di dalam rektumnya.
Tidak diketahui bagaimana atau mengapa lelaki itu bertindak demikian.
Bagaimanapun, Dr Carol Cooper berkata, kebiasaannya kejadian ini berlaku di kalangan lelaki dengan motif seksual.
Kredit foto: Daily Star/SWMU/Newsflash
Namun, laporan Jurnal Perubatan British memberi amaran kepada doktor agar tidak mentertawakan atau memalukan pesakit yang didapati 'menyumbat' sesuatu ke dalam dubur mereka. - CARI |