Seorang Insta Famous mencetus kritikan netizen apabila memuat naik sekeping gambar duduk di paha bapa tirinya untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi.
Brielle Biermann, 23 yang juga anak kepada pelakon realiti "Real Housewives of Atlanta", Kim Zolciak-Biermann, 42, menimbulkan ketidakselesaan netizen atas tindakannya itu.
Kredit foto: IG
Ini kerana kemesraan ditunjukkan dalam gambar bersama bapa tirinya, Kroy Biermann, 35, tersebut terserlah apabila Brielle menyatakan dia tidak boleh membayangkan hidup mereka sekeluarga tanpa kasih sayang dan kerja keras bapa tirinya.
Perkongsian di laman Instagram dengan jumlah pengikut 1.3 juta itu mendapat pelbagai respons.
Menurut portal Daily Star, banyak juga komen yang mempersoalkan tindakannya itu.
"Mengapa awak duduk di celah paha bapa tiri awak?"
"Ia menjijikkan sebagai anak tiri yang sudah dewasa, awak perlu tahu batasnya."
Namun, dalam perkongsian itu, Brielle juga memuat naik gambar ibunya bersama-sama mereka.
Kredit foto: IG
Namun, ada juga yang menyatakan kritikan terhadap Brielle terlalu keras. Tidak bermakna dengan gambar mesra itu, bapa dan anak tiri mempunyai hubungan istimewa. Ianya salah netizen mempunyai fikiran kotor.
Brielle turut menjawab persoalan netizen bahawa ketika itu mereka bergurau menyatakan Kroy sebagai Santa Claus.
Terdahulu, ibu Brielle mengahwini Kroy pada tahun 2011 dan dikurniakan empat anak iaitu Kroy Jr, 9, Kash 8 dan kembar Kaia serta Kane, 6.
Anda rasa bagaimana? - CARI
|