Kredit foto : Instagram Neelofa, Noor Nabila
"Belum kahwin lagi. Girlfriend-girlfriend tak ada dalam agama. Kalau nak kenal dengan seseorang tiada masalah. Kita tak ada nak mengorat, bukan stail kita," itu antara jawapan PU Riz sebelum ini, memetik Beautifulnara ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Neelofa.
Namun, kemunculan PU Riz dengan berpakaian sedondon warna biru sama seperti keluarga Neelofa di majlis pernikahan adik lelaki kepada selebriti terkenal itu kembali mencetuskan tanda tanya mengenai status hubungan mereka.
Kredit foto : Instagram Noor Nabila
Melalui perkongsian Instastory Noor Nabila yang memaparkan PU Riz sedang bersembang dengan Neelofa sambil disertakan emoji berbentuk hati, kakak kepada Neelofa itu kelihatan seperti memberi gambaran bahawa kedua-duanya sedang bercinta.
Dalam Instastory sama, PU Riz turut diusik dengan ucapan 'semoga bahagia ke anak cucu' oleh Nabila.
Kredit foto : Youtube
PU Riz sebelum ini menafikan dia dan Neelofa sedang bercinta, sebaliknya menyifatkan hubungan mereka berdua semata-mata atas dasar kerja. - CARI |