Kredit foto: IG Farahdhiya
"Tolong belajar untuk hormat privasi orang lain."
Mungkin berasa jengkel diasak dengan soal jodohnya, Farahdhiya menempelak individu yang bertanya itu.
Katanya, lebih baik mereka memperkenalkannya dengan lelaki yang boleh menggalas tanggungjawab suami, daripada sibuk bertanya bila pelakon dan penyanyi itu nak kahwin.
"Kahwin ini bukan macam nak pilih karipap, ya?" tulisnya di Instagram.
Kredit foto: IG Farahdhiya
Dalam masa sama, Farahdhiya juga menasihati orang ramai supaya tidak sibuk menjaga tepi kain orang terutama membabitkan isu rumah tangga. - CARI |