Setakat ini, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana masih menutup mulut, tidak mahu memberikan sebarang kenyataan perihal pergolakan rumah tangga kecuali meminta peminat mendoakan kebahagiaan mereka seperti yang dilaporkan Harian Metro.
"Terima kasih kerana ramai yang ambil berat dan menitipkan kata-kata semangat. Apa boleh dikatakan, saya okey bersama anak-anak. Saya bahagia bersama mereka.
"Doakan saja yang baik-baik. Saya berharap semua doakan kebahagiaan rumah tangga kami," katanya.
Sementara itu, Syamsul juga berpendirian sama enggan mengulas mengenai perkara itu. Sebaliknya, meminta orang ramai menghormati privasi mereka sekeluarga.
"Tak ada apa yang saya nak komen, ia hal peribadi. Hal yang 'personal' dan harapnya dapatlah menghormati.
"'No comment', ini hal peribadi. Tetapi, saya berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga," katanya.
Untuk rekod, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam pada 19 April 2017 dan Sumayyah pada 16 Mac 2019.
Semoga segalanya baik-baik belaka. - CARI
|