Putera Harry dan Meghan Markle dihentam kerana 'masuk campur' urusan politik Amerika Syarikat (AS) dengan membuat kenyataan berhubung pemilihan presiden.
Kredit foto: News.com.au/The Independent
Duke dan Duchess of Sussex itu dalam satu program khas majalah Time pada waktu perdana di saluran ABC menyeru rakyat AS supaya keluar mengundi.
"Setiap empat tahun kita mendengar perkara sama iaitu pilihan raya adalah paling penting dalam hidup. Tapi, pilihan raya kali ini adalah yang terpenting," kata Meghan.
Sementara itu, Harry pula menyeru pengundi untuk menolak ucapan berunsur kebencian, tidak tepat dan unsur negatif dalam talian.
Namun, tindakan mereka dikritik sebagai cubaan untuk menyingkirkan Presiden Donald Trump dari Rumah Putih.
Kredit foto: Twitter
Bagaimanapun, Istana Buckingham enggan mengulas mengenai kenyataan dibuat pasangan terbabit kerana mereka sudah menarik diri dari keluarga Diraja.
"Sebarang kenyataan daripada (Harry) dibuat atas kapasiti peribadi," katanya.
Trump juga menyindir pasangan terbabit dengan mengucapkan 'semoga berjaya' kepada Harry. - CARI |