Sebuah video menunjukkan situasi ratusan pencari kerja beratur di tengah panas meruntun hati netizen.
Manakan tidak, ianya jelas menggambarkan keadaan semasa yang sangat genting dalam situasi pandemik ini di mana ribuan orang kehilangan pekerjaan dan kini menjalani ujian getir.
Kejadian yang berlaku di pejabat Keretapi Tanah Melayu (KTM) Manjung, Perak menyaksikan mereka yang beratur ini menghadiri temu duga terbuka bagi pelbagai jawatan, antaranya adalah Juruteradan Juruteknik.
Disebabkan terlalu ramai, ada netizen berkongsi kisah mereka diminta pulang.
foto :Twitter
foto : Twitter
Ianya membuktikan betapa ramai rakyat Malaysia terjejas dengan keadaan ekonomi sekarang. Namun, dalam masa sama rasa terharu kerana semuanya bersungguh-sungguh mahu memulakan kehidupan kembali.
"Kena viralkan, biar kerajaan tengok how struggle rakyat nak survive."
foto : Twitter
Semoga semua pencari kerja di murahkan rezeki hendaknya. Ahli politik, macam mana nak selesaikan masalah ini? - CARI
|