Melihat raut wajah pasangan ini seperti biasa-biasa sahaja, namun siapa sangka sebenarnya mereka berhati syaitan!
Kevin Peralta de la Torre, 24, dan teman wanitanya didakwa mengambil anjing liar bukan untuk dibela semata-mata. Mereka memberi anjing-anjing itu makan hanya untuk dijadikan makanan kepada ular peliharaa mereka.
Foto: Daily Star
Memetik Daily Star, pengguna Facebook mendakwa pasangan itu meminta anjing liar terbabit daripada netizen di platform berkenaan.
Bagaimanapun, setelah menerima haiwan tersebut, Kevin menyekat nombor telefon dan akaun media sosial pemberi.
Kejadian yang berlaku di Aguascalientes, Mexico ini menggemparkan pencinta haiwan.
Foto: Daily Star
Malah, ada pengguna FB mendakwa Kevin sudah melakukannya sekian lama untuk ladang ular mereka.
"Mereka meminta anjing kecil dan hairannya setelah itu, dia menyekat semua akaun pemberi."
Kevin didakwa bertanggungjawab atas kehilangan 11 ekor anak anjing.
Daily Star
Setakat ini, pihak berkuasa masih belum membuka kertas siasatan terhadap mereka. -
CARI