Kredit foto: IG Memey/Norman
Bertuah betul Memey Suhaiza menerima hadiah jambangan duit daripada suami tercinta, Norman Hakim sempena ulang tahun perkahwinan mereka kesembilan.
Perkara itu dikongsikan Norman menerusi Instagramnya yang turut berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan mendoakan mereka.
"Alhamdulillah, ada orang tu gembira sangat dapat jambangan bunga (jambangan duit) macam tu.
"Senang kita orang lelaki tak payah pening fikir nak beli hadiah apa.
"andai-pandai isteri nak beli hadiah apa yang dia betul-betul nak," tulisnya.
Sementara itu, Memey menerusi hantaran di IGnya turut meluahkan rasa gembiranya atas hadiah yang diterima malam semalam.
"Senyum lebar mummy malam ni. Selalu dapat bunga pun gembira dah. Tak sangka rasa jambangan bunga macam ni," tulisnya di IG.
Di ruangan komen, ramai meneka jumlah keseluruhan jumlah not RM50 itu. Eh, betulkah RM2,000 seperti diteka warganet? - CARI
|