Dengan tiba-tiba, isu pelarian Rohingya trending di Twitter. Semuanya gara-gara seorang netizen memuat naik memo daripada sebuah restoran yang menyatakan golongan ini tidak dibenarkan masuk ke premis mereka.
Tindakan restoran itu dianggap biadab, rasis dan dilabelkan seperti askar nazi Jerman yang kejam terhadap kaum Yahudi.
Pendapatnya itu disambut dengan kemarahan daripada netizen yang merasakan ianya adalah pandangan berat sebelah. Hanya mereka yang pernah mengalami insiden bersama warga Rohingya sahaja tau betapa biadabnya mereka. Betul ke?
Foto : Twitter
Menurut pengadu, pelarian Rohingya sudah menerima pelbagai hinaan dan cercaan di Myanmar dan kini terpaksa menerima pula layanan rasis daripada orang Malaysia. Kenapa begitu kejam katanya?
Foto : Harian Metro
Namun, berlainan pula daripada rata-rata netizen yang menghadapi pengalaman buruk bersama peminta sedekah daripada Rohingya ini. Mereka lebih agresif berbanding peminta sedekah berbangsa Kemboja hatta Melayu sendiri.
Foto : Twitter
Sinar
Bagaimanapun, dengan tularnya isu sebegini, pihak restoran telah pun meminta maaf kerana tersalah guna ayat hingga membuatkan ramai pihak tidak selesa. Mereka menyatakan maksud yang sebenar ialah peminta sedekah dari warga Rohingya dan bukanlah orang Rohingya secara umum.
Foto : Twitter
Panas juga isu sebegini. Anda ada pengalaman ke dengan warga Rohingya?-CARI
|