"Saya tak sangka seorang yang pernah berbual dengan saya mengenai prestasi anak, tetapi sebenarnya mempunyai niat tidak baik terhadap anak bawah umur saya."
Seorang pembantu guru wanita, Allyssa Gustafson, 24, didakwa melakukan perbuatan yang menjurus ke arah hubungan seks dengan pelajarnya, 14, yang mempunyai masalah kelainan upaya (OKU).
Terdahulu, Allyssa menggoda budak lelaki itu dengan menghantar gambar dan videonya memakai pakaian dalam. Malah, dia juga sempat bertemu ibu mangsa iketika mengajar di Circle Academy in Urbana, Illinois.
Foto : Daily Star
Perkara itu terbongkar apabila pelajar itu menunjukkan mesej, gambar dan video Allyssa kepada ibunya.
"Banyak kali mesej dihantar kepada anak saya termasuklah gambar, kata-kata lucah dan video dihantar kepadanya."
Foto : Daily Star
Allysa kini berhadapan tuduhan seksual yang serius kerana membabitkan mangsa bawah umur dan kini menunggu keputusan mahkamah untuk dipenjarakan. - CARI
|