Tindakan usahawan sensasi Datin Vivy Yusof memfailkan saman terhadap seorang netizen menyemarakkan lagi api kemarahan warga maya terhadapnya.
Kredit foto: IG Vivy & Rizalman
Malah, tindakan Vivy itu dipertikaikan warganet memandangkan dia tidak mengambil sebarang tindakan terhadap pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim yang pernah menyindirnya isu sama sebelum ini.
Bagaimanapun, segelintir warga maya bersetuju dengan tindakan Vivy untuk memberi pengajaran kepada pihak yang melampaui batas.
Namun, ia mencetuskan pelbagai pandangan. Malah, ada yang menyifatkan Vivy kurang bijak dalam menangani krisis.
Ada yang mendakwa Vivy tidak pernah menyaman mana-mana pihak yang menuduh dia menciplak produk atau konsep kempen mereka.
Kredit foto: Twitter
Vivy sebelum ini dikecam seorang netizen berhubung golongan B40 dan M40 menerima bantuan kerajaan ekoran terjejas akibat pandemik Covid-19. - CARI
Baca Juga: "Aku Yang Fashion Designer Pun Meluat Tengok, Bahalol" - Dato' Rizalman Ibrahim |