View: 5103|Reply: 52
|
Gara2 suka mencarut, lima kakaktua (bukan kakak tua) terpaksa diasingkan
[Copy link]
|
|
Kuat mencarut
MyMetroUtama
Agensi
London: Lima burung kakaktua di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, di sini, terpaksa diasingkan semula selepas haiwan itu suka mencarut.
Haiwan itu bukan saja mencarut sesama mereka, tetapi kepada pengunjung taman berkenaan selepas dikeluarkan dari kuarantin.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols berkata, burung kakaktua baka Afrika itu diterima pihaknya pada 15 Ogos lalu dan dikuarantinkan.
Menurutnya, dalam tempoh pengasingan, burung itu menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.
"Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.
Taman Hidupan Liar Lincolnshire.
"Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli 'kelab lelaki tua' berkumpul.
"Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak," katanya seperti dilaporkan portal Mirror UK.
Katanya, sebelum ini, burung itu pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan ia menghamburkan kata-kata kesat. Namun, populariti taman itu naik mencanak.
Nichols mengakui sepanjang 25 tahun membawa spesies itu untuk pameran, ada juga burung kakaktua yang mencarut.
"Burung kakaktua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula.
"Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2020 @ 6:31 AM
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Burung Kakaktua Diasingkan, Suka Sangat Mencarut!
Lima ekor burung kakaktua terpaksa diasingkan selepas haiwan tersebut suka sangat mencarut!
Haiwan yang hidup di Taman Hidupan Liar Lincolnshire, Friskney, London itu bukan sahaja suka mencarut sesama mereka, malahan juga kepada pengunjung taman berkenaan.
Mirror UK melaporkan, burungkakaktua baka Afrika itu diterima selepas dikeluarkan daripada kuarantin.
Kredit foto: Mirror UK
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Steve Nichols berkata, semasa tempoh pengasingan, burung tersebut menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.
"Tingkah laku burung ini membuatkan kakitangan taman tidak keruan dan tindakan segera perlu diambil apabila burung kakaktua itu mula menghamburkan kata-kata kurang sopan kepada pengunjung kami.
"Mereka semakin galak mencarut sekiranya pengunjung tertawa dengan tingkah laku biadab itu. Ia umpama kita melihat sekumpulan ahli 'kelab lelaki tua' berkumpul.
"Walaupun kami rasa perbuatan itu menggembirakan pengunjung, pada masa sama kami bimbang kesan buruknya kepada pengunjung dalam kalangan kanak-kanak."
Foto: Taman Hidupan Liar Lincolnshire
Sebelum itu burung tersebut pernah dipamerkan kepada pengunjung selama 20 minit dan terus menerus menghamburkan carutan.
Disebakan oleh itu, populariti taman tersebut terus naik mencanak.
Nichols menambah, "Burung kakaktua Afrika sangat mahir meniru suara daripada bunyi yang didengari dan dilontarkan semula.
"Mengikut perancangan, burung kakaktua itu akan diletakkan dalam sangkar yang terpisah untuk mengelakkan ia saling mencarut, dan berperangai lebih baik." -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ini lawak...hahaha....siap kena kuarantin...tu la sape yg mengajar tu, pecat je dia...ke pengunjung yg ajar? |
|
|
|
|
|
|
|
Dari mana lagi burung2 ni belajar kalau bukan dari manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Siapalah yang mengajar mencarut tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau burung ni mencarut lagi cilikan je. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia jugak hebat.lagi kuat carut lagi popular |
|
|
|
|
|
|
|
burung itu menggunakan masa terluang untuk 'mengajar' sesama mereka bahasa kesat.
Haha siap ajar sesama sendiri je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau versi Melayu tak habis2 meratib babi babi babi.
Kt kejiranan rumah meols ni ada adik beradik suka sangat menyumpah2. Baru sekolah rendah. Babi babi babi jadi perkataan harian. Macam menyeru2 pulak. Budak2 ni kalau terserempak dengan babi tunggal kat kampung sebelah baru ada akal kot. Nak jumpa sangat kan hari2 duk seru.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kakaktua2 forum yang suka mencarut kena kuarantin boleh jadi tak mencarut tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sian burung. Orang kena kuarantin sbb covid, dia plk sbb mencarut |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti macam citer South Park tu... Budak2 past tengok citer ada carut2, terus pandai mencarut.. mula-mula sesama sendiri... Pastu carut sesama classmate |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian burung... dah knp ajar burung mencarut.. kan dah mengikut.. burung juga yg kena |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha... pening penjaga nak ajar perkataan baik semula |
|
|
|
|
|
|
| |
|