Tahniah diucapkan kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang berada di kedudukan teratas sebagai individu paling dikagumi (Most Admired Person) di Malaysia yang dikeluarkan portal YouGov.
Foto : IG
Portal itu mengumpulkan pencalonan terbuka World's Most Admired dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia bermula Januari sehingga Mac lalu.
Foto :YouGov.com
Berdasarkan carta, penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu meraih 18.83 peratusan kekaguman bagi setiap orang di 42 negara dan wilayah di seluruh dunia untuk kategori wanita
Memetik Harian Metro, Siti berkata, dia bersyukur dengan keputusan itu selain menyifatkan ia adalah penghargaan orang ramai terhadap dirinya.
"Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain. Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang menghargai saya sepanjang bergelar anak seni."
Foto : IG
Sementara itu, Muszafar di laman Instagramnya turut merakamkan rasa terharu di atas undian tersebut.
Foto : IG
Pencalonan terbanyak membariskan 20 lelaki dan 20 wanita yang dicalonkan di sekurang-kurangnya empat negara.
Dengan soalan yang diajukan menerusi dalam talian berbunyi "Siapa yang benar-benar anda kagumi?" menobatkan kedua-dua selebriti tanah air itu di tempat pertama.
Tahniah kepada kedua-duanya serta tahniah juga kepada Dr Amalina Bakri, Nicol David, Tun Siti Hasmah dan Vivy Yusof kerana menempatkan antara 20 yang dikagumi di Malaysia dalam kategori wanita.
Foto : Ig
Manakala, kategori lelaki pula jatuh kepada Lee Chong Wei, Tun Mahathir dan Najib Razak di sebalik personaliti luar negara.
Anda rasa ada yang lebih layak tersenarai? - CARI