Ramai masih tertanya-tanya, "Betulkah Neelofa tiada apa-apa dengan PU Riz?"
Kredit foto: IG Neelofa/Noor Nabila
Menjawab persoalan itu kepada Gempak, bekas hos MeleTop berkenaan menegaskan tiada hubungan istimewa terjalin antara dia dan PU (Pencetus Ummah) Riz atau Haris Ismail.
Malah, jelasnya bukan dia yang menjemput PU Riz hadir ke majlis perkahwinan adiknya, baru-baru ini.
"Tidak, tiada apa-apa.
"Kami memang sudah kenal sejak tiga tahun lalu. Dia juga rapat dengan adik beradik dan sepupu saya kerana banyak mengadakan kelas agama dan mengaji bersama.
"Sebab itu dia hadir ke majlis perkahwinan itu kerana adik saya, Aqief sendiri yang mengundangnya. Bukan saya yang menjemput.
Kredit foto: IG Noor Nabila
"Jadi kalau tanya saya, jawapannya tidak. Jangan risau, sekiranya sudah bertemu jodoh, saya akan bagitahu," katanya kepada Gempak.
Neelofa juga meminta kepada semua pihak supaya hal peribadinya dihormati.
"Ada beberapa perkara yang tidak perlu saya beri justikasi atau kongsi. Boleh bawa kemudaratan.
"Saya mohon semua hormat dengan pendirian saya,” tegasnya. - CARI |