View: 3926|Reply: 24
|
[Dunia]
Gara-gara saringan Covid 19, bendalir otak bocor
[Copy link]
|
|
SUMBER: BH ONLINE
WASHINGTON: Ujian calitan bahagian dalam rongga hidung terhadap seorang warga Amerika Syarikat (AS) mengundang parah apabila ia menyebabkan kebocoran bendalir otak dan tulang belakang.
Insiden dialami wanita berusia 40-an itu terjadi apabila batang ujian calitan berkenaan menusuk dasar kepalanya sehingga menyaksikan bendalir cerebrospinal keluar dari hidung, sekali gus menyebabkan dia kini berdepan risiko jangkitan otak.
Penelitian awal mendapati proses saringan yang dijalankan terhadap perempuan itu berkemungkinan tidak dijalankan dengan betul, namun pakar berpendapat insiden sedemikian jarang berlaku dan risiko sebarang komplikasi daripada ujian calitan kekal rendah.
Pakar Otolaringologi-Kepala dan Pembedahan Leher dari University of Iowa Hospital, Jarrett Walsh, berkata petugas perkhidmatan kesihatan profesional sewajarnya mengambil langkah berhati-hati ketika menjalankan ujian saringan terhadap pesakit.
Sehubungan itu, katanya, individu yang mempunyai masalah sinus atau pernah menjalani pembedahan dasar kerangka otak sepatutnya memilih untuk mendapatkan saringan secara oral.
"Wanita berkenaan pernah menjalani pembedahan hernia elektif, sebelum dikatakan mengambil ujian calitan di bahagian dalam rongga hidung.
"Dia kemudian sedar bahawa suatu bendalir tidak berwarna mengalir keluar dari salah satu rongga hidungnya.
"Selepas itu, dia mengadu mengalami sakit kepala, muntah, ketegangan di bahagian leher dan alah pada cahaya, sebelum ditempatkan di wad untuk menerima rawatan lanjut di bawah jagaan saya.
"Ujian calitan ini bukan perkara baharu baginya kerana dia pernah menjalani sebelum ini dan dibuat pada belah rongga hidung yang sama, malah tiada masalah.
"Cuma mungkin ujian kali kedua ini tidak dijalankan mengikut teknik terbaik dan batang ujian calitan dimasukkan terlebih dalam," katanya.
Walsh berkata, gejala yang dialami wanita berkenaan terjadi susulan radang di bahagian selaput otak.
Sekiranya tidak dirawat, beliau berkata dia berdepan risiko kematian daripada jangkitan bakteria yang menular dari rongga hidung ke otak.
"Mujur kita dapat kenal pasti masalah ini menerusi imej lama imbasan yang diteliti semula dan dia sudah sembuh sejak Julai lalu.
"Kebanyakan ujian calitan dibuat dengan meluncurkan batang mengikut dasar hidung yang terletak di lelangit mulut dan tidak menghalakan batang ke atas.
"Walaupun insiden ini terpencil, ia memberi peringatan kepada semua mengenai keperluan latihan berkualiti tinggi, memandangkan ratusan juta lagi ujian calitan akan dijalankan sebelum pandemik ini berakhir," katanya. - AFP |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk check kena cucuk sampai dalam hidung. Tu pon ade kambing2 yang takleh pk. |
|
|
|
|
|
|
|
Sure dia pening je ni kalau bendalir otak bocor... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu sepatutnya ujian secara oral yang terbukti sama ketepatannya diguna pakai berbanding ujian swab. Tambah buruk kalau yang kurang mahir mengendalikannya pasti boleh menyebabkan kecederaan lebih buruk jadi macam dalam kes ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hizert: Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk ch ...
boleh check air liur? Source?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau punca sebab swab test covid19 mesti ramai dah terkena macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Belakang hidung tu ada tulang rawan yang lembut.
Mcm accident pun boleh keluar csf dari hidung ni kalau terpatah tulang muka.
Ni kes salah jolok la ni. Kesian pesakit |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 2-10-2020 09:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je p ...
Check air liur mcm check tibi pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
bulanbulat: boleh check air liur? Source?
Nvm dah jumpa
Idokla equally reliable. Dalam artikel mention last2 dorang prefer nasal cavity sebab high virus concentration kat situ and saliva is too variable amongst person |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert: Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je pon check air liur je. Konon virus berbahaya, nk ch ...
Kalau la bolehhh sedonia dah buat |
|
|
|
|
|
|
|
Takut apabila mendengar perkhabaran seperti ini, x sangka melalui ujian swab boleh menyebabkan kecederaan ini |
|
|
|
|
|
|
|
Hizert replied at 2-10-2020 01:57 AM
Dah kalau oral boleh apsal semua orang kena swab cucuk sampai ke dalam? semua oral je la. Boleh je p ...
mungkin air liur meengandungi banyak unsur pelik dan terlalu banyak bakteria akibat menjilat benda pelik2. |
|
|
|
|
|
|
|
nasal swab ni , mungkin terlalu dalam jolokkan atau swab bud tu sampai dia sentuh dasar bawah otak yg terletak kat sphenoid bone tu...
memanglah akan sakit kepala sebab air csf bocor, air tulang belakang in BM tu ( csf ) tu maintain pressure dalam otak , so bila dah bocor then tekanan ada berubah , memang pening le kepala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dirodok kuat sangat sebab mangsa ni karen ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 2-10-2020 06:56 PM
a feck up test. siapa yg bagi advice nih? a corrupt WHO or bill gates? takde cara lain ka nak test covid ni, selain rodok tester masuk hidung? aku baca portal mat saleh yang kat negara mereka test ambil sample dari dalam mulut jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Masa iol buat swab test doctor tu siap korek slow2 lagi.. hazab sungguh rasa tapi takda la sakit pun. Dia sangat teliti orangnya tapi terasa mcm lama haha |
|
|
|
|
|
|
|
Deyyy, ko baca ke tidak TT post??
"Sehubungan itu, katanya, individu yang mempunyai masalah sinus atau pernah menjalani pembedahan dasar kerangka otak sepatutnya memilih untuk mendapatkan saringan secara oral."
Spesis baca tak abis. dah aku kena tolong quotekan pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
The thing is, boleh bukannya tak boleh. Jadi cam pesakit ni dah camne? Otak bocor weh.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|