Rihanna dikecam hebat gara-gara menggunakan petikan hadis yang dimuatkan dalam lagu untuk sebuah pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya.
Lagu berjudul Doom itu dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lepas dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.
Difahamkan pertunjukan fesyen itu diadakan dalam format virtual dengan memaparkan aksi model berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan muzik terbabit.
Twitter
Menurut sumber lagi lagi tersebut bukan pertama kali digunakan malah ia pernah melatari pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017.
Sebelum ini juga Rihanna pernah menyentuh sensitiviti umat Islam apabila menggunakan model berhijab dalam iklan jenamanya.
Foto: IG
Susulan itu ramai yang meminta Rihanna agar membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu terbabit. -CARI
Post time 5-10-2020 08:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Saja nak bagi perangat. Aku baca lirik dia takde kena mengena pun. Banyak lagi lagu pasal kiamat ni this is not the only one. Lagi Adele yg James Bond tu pun ada part pasal doomsday jugak bila world crumble gitu. Pls dont be oversensitep.
Post time 6-10-2020 11:35 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dunia ni bukan org islam shj
tolong hormat agama lain
mereka pun ada helajr hidup dan mati
kita doakan semua terima hidayah dan mati dalam husnul khotimah
Ai gugil2 . Nmpknya petikan hadis bacaan Qari Kuwait , Mishary Alafasy dh digunakan utk lagu MC Carioca - Tu ta moscando. Then Coucou chloe amik sample utk lagu Doom.