View: 2016|Reply: 18
|
Chicago - Kerja gila dua beranak
[Copy link]
|
|
Chicago: Seorang wanita sanggup membunuh teman lelaki demi memenuhi hasrat untuk mengahwini bapa kandungnya sendiri.
Namun, tindakan kejam Amanda McClure, 31, mendapat balasan apabila dia dihukum penjara 40 tahun selepas mengaku bersalah atas perbuatan itu.
Dia dijangka menghabiskan sekurang-kurangnya separuh daripada hayatnya di dalam penjara.
Amanda dituduh membunuh teman lelakinya John McGuire, 38, di Minnesota, Februari tahun lalu.
Bapanya, Larry McClure Sr, 55, sebelum ini sudah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Ogos lalu atas kesalahan membunuh lelaki itu.
Wanita terbabit membantu membunuh mangsa bagi membolehkan dia dan bapanya hidup bersama.
Media tempatan melaporkan dua beranak itu sudah berkahwin di sebuah gereja namun si bapa menggunakan nama lelaki lain dalam dokumen perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, Amanda memberi keterangan di mahkamah menerusi sidang video, Khamis lalu.
"Kejadian ini bukan saja mengecewakan keluarga John, tetapi keluarga saya juga.
"John seorang lelaki yang baik dan saya berharap dapat bersamanya semula," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
gamba mangsa
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila laa..tak dapat bayangkan mcm mana dia blh jatuh cinta dgn ayah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Apa punya mental lah diorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dah ada cerita pasal dorang ni ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
Inbreed.. Perghhh.. Aku teringat sebuah keluarga diraja kat eropah jatuh tergolek tanpa waris sbb inbreed merosakkan genetik keturunan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 6-10-2020 10:35 AM
Bukan dah ada cerita pasal dorang ni ke?..
Ada byk kes rex. |
|
|
|
|
|
|
|
Perbuatan sia2 akhirnya merongkoh dalam penjara |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-10-2020 10:55 AM
Inbreed.. Perghhh.. Aku teringat sebuah keluarga diraja kat eropah jatuh tergolek tanpa waris sbb in ...
Nak kena digging baca ni...tq sarah.
Teringt ada satu kisah penyiasatan...kes bunuh. P satu rmh ni..tgk anak ramaiiii...
Sekali deoa dpt detect anak2 dia semua mcm ada sesuatu yg tak kena..mcm pendek ka apa ntah lupa.
Bila depa siasat...rupanya kawin sesama sndiri..ayah kawin anak, nnti kakak kawin adik laki.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya pernah baca ada sebab kenapa dua orang ahli keluarga yg terpisah (dlm kes ni anak membesar dgn ibu bapa angkat) boleh tertarik sesama sendiri.
tapi dorang ni akal tak leh nak proses bahwa tarikan tu adalah disebabkan hubungan kekeluargaan.
bukannya sbb seksual.
aje bodoh.
|
|
|
|
|
|
|
|
raihaneem replied at 6-10-2020 11:23 AM
Nak kena digging baca ni...tq sarah.
Teringt ada satu kisah penyiasatan...kes bunuh. P satu rmh ...
House of Habsburgs. Dulu depa royal sepanyol.. Byk raja sepanyol dari house in.. Ada jadi gila la cacat la.. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa hubungan songsang pon gigih nak kawin? |
|
|
|
|
|
|
|
aiyo....macam2. dah ada boyfriend elok2 dah... |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 6-10-2020 11:36 AM
House of Habsburgs. Dulu depa royal sepanyol.. Byk raja sepanyol dari house in.. Ada jadi gila la ...
Ok tqvm sarah...memudahkn utk bc cerita..teruih dpt info.. |
|
|
|
|
|
|
|
mental punya pompuan..padahal bf dah elok dah..apaknya yg tua kerepot tu juga dia nak |
|
|
|
|
|
|
|
Bunuh Teman Lelaki Sebab Nak Kahwin Dengan Bapa Kandung
Bunuh teman lelaki semata-mata nak kahwin dengan bapa kandungnya sendiri.
Tindakan kejam Amanda McClure, 31,menyebabkannya dihukum penjara selama 40 tahun.
Amnda, Foto: Daily Mail
Menurut laporan akhbar tempatan, kejadian yang berlaku di Minnesota itu menyaksikan Amanda membunuh teman lelakinya yang dikenali sebagai John McGuire, 38.
Bapa kandung Amanda, Larry McClure Sr, 55,juga berkomplot membunuh mangsa dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.
Larry, Foto: Daily Mail
Mereka membunuh mangsa dengan memukul kepalanya dengan botol arak, diikat, disuntik dengan methamphetamine sebelum dijerut.
Mayat mangsa kemudiannya ditanam di kawasan kediaman.
John, Foto: Daily Mail
Motif pembunuhan adalah untuk membolehkan Amanda dan bapanya hidup bersama.
Difahamkan dua beranak itu sudah pun berkahwin di sebuah gereja, tiga minggu selepas membunuh mangsa.
Namun si bapa menggunakan nama lain dalam dokumen perkahwinan mereka. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Berita lama ni : https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1209428 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|