Wanita berdepan hukuman penjara maksimum 700 tahun selepas disabitkan kesalahan pemerkosaan, liwat dan penyeksaan terhadap dua gadis.
Lisa Marie Lesher, 41, didakwa atas sembilan pertuduhan membabitkan penderaan seksual terhadap dua gadis berkenaan.
Manakala, pada awal tahun ini suaminya, Michael Lesher dijatuhkan hukuman penjara 438 tahun kerana pembabitannya dalam serangan seksual itu.
Michael Lesher
Kredit foto: Mirror/Pejabat Sherif Daerah Morgan
Pendakwa Scott Anderson berkata, "Kami akan pastikan dia tidak akan dapat bernafas udara segar lagi".
Difahamkan, Lisa melakukan penganiayaan seksual terhadap dua gadis itu selama beberapa tahun di Falkville, Alabama.
Menurut laporan Mirror, kes ini kali pertama dilaporkan pada 2007, namun punca pendakwaan terhadapnya dilewatkan adalah tidak jelas.
Peguam Daerah, Anderson membuka kembali kes itu atas permintaan mangsa sebaik dia menjawat jawatannya sekarang.
Katanya, disebabkan kelewatan itu, pihaknya terpaksa menyusun semula kes itu dari awal.
Lisa Marie Lesher
Kredit foto: Mirror/Pejabat Sherif Daerah Morgan
Pihak berkuasa mendakwa Lisa disabitkan atas dua tuduhan rogol darjah pertama, empat tuduhan liwat darjah pertama, satu tuduhan liwat darjah kedua, satu tuduhan penyeksaan seksual dan satu tuduhan penderaan seksual darjah pertam. - CARI |